"the most beautiful thing in the world is not to be seen with eyes,not to be heard with ears but only to be felt in the HEART".
Ahad, 2 Mei 2010
ApE nK jAdi??
cuba kita lihat realiti kehidupan kita pada hari ini,walaupun telah mencapai 53 tahun kemerdekaan,tapi pada hakikatnya kita belum lagi merdeka dari segi pemikiran..
ya!!kita belum merdeka dari segi pemikiran..YA!kita mungkin sudah merdeka dari segi penjajahan barat...sudah merdeka dari ancaman komunis dan sebagainya..
namun,dari segi pemikiran,amat jauh sekali kita tersasar..mengapa???
cuba kita lihat,rancangan realiti tv seperti MENTOR,MALAYSIA IDOL,AKADEMI FANTASIA,AMERICAN IDOL DAN ONE IN A MILLION semakin hari semakin di gemari ramai dari segi bilangan penonton mahupun peserta rancangan tersebut..
Semakin ramai y tergila2 nak menjadi artis,semakin ramai yang menjadikan artis2 sebagai IDOLA mereka..kebanyakan kita pada hari ini lebih ingat dan tahu nama-nama artis berbanding dengan nama2 tokoh2 islam.inilah dia realiti kehidupan kita pada hari ini...
MasyaALLAH,sedar tak sedar,semua ini adalah salah satu cara yahudi ingin menjatuhkan umat islam..Diberi hiburan setiap saat dan setiap ketika sejak kecil lagi di dedahkan dengan hiburan..
dan yang paling menyedihkan,Ulama dan golongan agama di pinggirkn,malah di hina...golongan penghibur diagung-agungkan,dijulangkan malah setiap hari,cerita mengenai mereka di siarkan di media massa mahupun media elektronik...yaa!!Inilah dia golongan akhir zaman...
selain itu,cuba kita lihat sekarang ini,apabila artis2 menang dan medapat anugerah,fuh..banyak duit dan penaja-penaja menghulurkan sumbangan..bukan sedikit,tapi banyak sehingga mencecah RM1 juta!!!
Tapi apabila pemenang dalam akademi AL-QURAN dan akademi NASYID,mak oi,jauh bezanya hadiah yang mereka dapat...bukan kata xdapat langsung!dapat,tapi jumlahnya bagai langin dan bumi jika di bandingkan dgn akademi fantasia dan seangkatan dgn ny..hmm...........
begitu juga apabila melihat jumlah peminat di tempat tersebut..
cuba kita bandingkan jumlah orang yang pergi menonton rancangan MENTOR,AKADEMI FANTASIA...dengan bilangan orang y pergi menoton akademi quran,halaqah,forum perdana,program tanyalah ustaz...hmm..hampeh..boleh bilang dgn jari...kalau xpercaya,tengokla siaran ini sendiri...
pelbagai fitnah,pembunuhan di sana-sini,bencana alam disana-sini kematian ramai golongan ulama dan sebagainya..sedarlah,kita sebenarnya umat akhir zaman....semoga kita dapat memelihara dan menyuburkan iman kita kembali...jangan biarkn diri kita mudah terpengaruh dengan pelbagai hiburan yang sebenarnya merupakan salah satu cara orang yahudi ingin menjatuhkan islam..berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah..tapi pandai2la kita memilihnya kerana segala di tangan kita..fikir-fikirkanlah...
waAllahualam....
Selasa, 27 April 2010
sAat iTu pAsti tiBa...
minggu lepas:di saat kesibukan aku dalam membuat persedian untuk final xam,aku menerima 2 mesej drp kwnku(ex-shams)...mesej ttg kematian adik kawan aku y juga EX-SHAMs..usia baru mencecah 18 thun...masih muda...tapi sayang,dia telah kembali ke rahmatullah ketika dalam perjalanan ny ke HUSM kubang kerian kerana menghidapi leukemia sejak kecil...
selepas itu,pada malam berikutny,aku menerima satu lagi mesej drp orang y sama..memberitahu aku ttg kematian ustaz CHIK,bekas PK HEM SHAMS kerana menghidap penyakit jantung..dia meninggal dunia d IJN...
selepas tu,pd malam sabtu kalau x silap,housemate aku(zati) datang kat bilik aku dan memberitahu aku bahawa nenek kpd sepupuny,kak mizah y juga senior kita(3rd year) telah kembali ke rAHMATULLAH...y sedihny,time ni,kak mizah tidak dapat hadir dan menatap wajah nenekny buat kali terakhir sebelum di tanam ke dalam liang lahad krn dia berada d JORDAN..
minggu ni:kawan kepada kawan aku(hasanah-angah) juga telah meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kematian d sabah(xingt name tmpt tu)..usia br 20 thun..
angah ckp,sehari sblum kematian,arwah ada menulis perkataan BYE dlm FB..
dan y terbaru,nenek kpd sahabat aku(ZUHAIRAH) pun telah meninggal dunia kerana sakit tua..
zue slalu cerita kat aku,tiap2 minggu dia balik sebab kene pergi hospital,melawat nenek dia y sakit...dia jg ada cerita,cuti ni,mak dia mmg da cop kn dia untuk jaga nenek dia d hospital..macam2 lagila dia cerita pasal nenek n atuk dia kat aku..tapi,td bila aku htr mesej tny keadaan nenek dia,dia ckp,nenek dia da xda..innalillahiwainnailaihirojiun...smga dia sabar menghadapiny...
AL-FATIHAH...semoga semua arwah ditempatkn dalam kalangan orang2 y soleh..
daN kita y masih hidup kat ats dunia ni,ambil pengajaran ats kematian tersebut...
smoga kita dapat mati dalam keadaan HUSNUL KHOTIMAH dan jauh dari SU'UL KHOTIMAH..AMEEN...dan ingatlah,sesungguhny orang y paling bijak adalah orang y slalu mengingati mati n salah satu cara nk bersihkan hati ialah dgn banyak2 mengingti MATI..
WALLAHUALAM....
Sabtu, 24 April 2010
SeLoKa buDak Rumah 14-02
Assalamualaikum pembuka bicara,
disini saya persembah seloka,
bukan mengumpat,bukan mengata,
hanya sekadar pantun jenaka.
tingkat 14-02 teratak kami, ,
hidup kami aman sekali, ,
jangan tertukar rumah kami,
bukan hujung kanan,tapi hujung kiri.
setiap keluarga ada ketuanya,
rumah kami turut sama,
kak zuhairah itulah namanya,
Quran sebagai teman hidupnya.
itulah dia pakar ketawa,
bila ketawa tak ingat dunia,
kalau nak tahu siapa dia,
itulah dijat,empunya cerita.
roomate saya pain namanya,
agak pendiam aksi orangnya,
bila disindir tersenyum sahaja,
bab balik rumah,dialah orangnya.
ani pula,rileks sahaja,
bab ketawa,serah kat dia,
walaupun kecil saiz badannya,
bila ketawa bergegar dunia.
berbalik pula kepada zati,
rajin belajar x kira masa,
bila belajar ikut moodnya,
penuh semangat sampai x tido lena.
Adilah pula memperkenalkn diri,
bila senyum manis sekali,
bila bercakap xpernah berhenti,
ada bakat jadi menteri.
walaupun tinggi,achik tetap adik kami,
bila tersenym,nampak gusi,
jawatan setiausaha sesuai sekali,
segalanya ditulis,d dalam diari.
kehulu kehilir selalu berdua,
ibarat belangkas memangla kena,
adah dan tikah punya hobi y sama,
tv dan komik,itulah hobinya.
tidak lupa juga,pendatang asing rumah kami,
sofwatul mokhtarah nama diberi,
warna pink warna digemari,
bila ketawa,habis nampak gigi.
itulah dia cerita kami,
tv adalah penghibur kami,
nao-mei dan adamaya sangat digemari,
petang2 wajib di tontoni.
sekian dahulu,saya berseloka,
harap-harap,tiada yang terasa,
semua ini gurauan semata-mata,
buat memori,dihari tua..
hasil ciptaan:tirah sabri..(^-^)
Jumaat, 23 April 2010
(^~^)...

Mendidik nafsuku
Rabu, 21 April 2010
di sini segalany bermula...

Sabtu, 17 April 2010
Nak DATING ngn siape ek?

dating ngn DIA bg aku,adelah paling pentingla coz banyak mane pun usaha y kite lakukan,tapi kalau DIA x redho ngn kite,x gune gk kn...
esp untuk CVS...byk gambar n mind map...
simple n easy to understand...
even lecturer x pnh pun letakkan sheerwood sbgai bku rujukn utama,tapi aku suke sheerwood
Untuk tjuk respiration lak,aku prefer gune vander's + guyton..
CVS,y part mule2 tu,memang kene rujuk Ganong la cz prof mmg gune buku nih untuk wat note...ayat dalam ganong nh up sgt,smpai 2 3 kali baca br bley paham..huhu...
Jumaat, 2 April 2010
saat-saat penting....
