Ahad, 17 Julai 2011

cerita atok..



assalamualaikum...atok..ooo..atok...entry kali ni bercerita bersama atok..jom,layan...


Al kisah di sebuah negeri..di hujung kampong,terdapat satu pondok berhampiran dengan tasik..pondok itu menjadi tempat anak-anak kmpung menuntut ilmu agama dengan seorang guru yang sudah tua…


Suatu hari,si anak muda y juga pelajar di pondok itu pergi bejumpa dengan gurunya untuk mengadu masalah yand dihadapinya.


Anak muda:tok,sy ada masalah besar ni atok..sy dah xsanggop nk menghadapinya..atok kene tolong sy atok…

Guru(atok):sabar anak muda..mengucap anak muda..jgn bimbang,ALLAH sentiasa bersama orang2 y sabar..cuba kamu cerita ape masalah kamu sebenarnya?insyaALLAH,atok tolong mana yang atok mampu,selebihnya,serah pada DIA,y lebih mengetahui segala-galanya..


Maka berceritalah anak muda itu akan masalahnya pd tok gurunya dengan panjang lebarnya..atok mendengar dengan penuh tekun skali..


selepas itu…


Guru(atok):ok..atok dah dengar masalah kamu..skrg,atok nk kamu ambik segenggam garam dan segelas air,kamu bawa kesini..sekarang,kamu campurkan garam tu dengan segelas air dan minum air tu…apa kamu rasa wahai anak muda?


Anak muda:Ya ALLAH sangat masin atok…


Guru(atok):masin ea..ok..skrg atok nk kamu ambil lagi segenggam garam dan masukkan dlm tasik kat depan tu..kmudian,atok nk kamu minum air tasik tu..apa kamu rasa wahai anak muda?


Anak muda:em,xmasin atok..xrasa apa-apa pun atok…


Guru(atok):ok..masalah kamu dah hampir selesai nmpaknya..skrg dengar atok cerita plak..cuba kamu anggap garam tadi tu sebagai masalah kamu,dan air di dalam gelas dan air didalam tasik sebagai jiwa kamukalau jiwa kamu sebesar gelas itu,apabila datang sedikit je masalah, dugaan dan ujian yg ALLAH bagi,kamu mudah terasa bebanan ujian itu..kamu rasa lemah..xsanggup nk hadapi.,mudah putus asa,kamu lupa y DIA sentiasa ada untuk kamu..tp kalau jiwa kamu sebesar tasik itu,walaupun sebesar mana masalah y datang,seribu rintangan,dugaan apa skalipun,kamu bisa menghadapinya..kerana jiwa kamu besar…kamu yakin DIA sentiasa bersama kamu..itulah bezanya orang yang mempunyai jiwa yang kecil dan jiwa y besar..berusahalah untuk mendapat jiwa y besar..


Cuba kamu bygkn pula air didalam gelas tu sbgai pglamn ataupun ujian y pernah kamu hadapi sepanjang hidup kamu..dan garam sebagai masalah baru y muncul dalam hidup kamu..apabila cmpurkn garam(masalah)kedalam segelas air,kamu terasa sangat masinkn..itu akn berlaku jk kamu tidak pernah ataupun kurang merasai kepahitan dan ujian(segelas air) dalam hidup ni..apabila masalah y lain dtg,kamu mudah mengeluh,xberdaya nk hadapi..
Tp apbila cmpurkn garam ke dalm tasik,kmu xrasa masinkn?sbb kamu kuat..kamu sudah byk kali diuji,sudah byk kali merasai masam masinnya kehidupan ini,sudah byk pengalman hidup,pengalaman y mematangkan kamu..sudah kalis dengan masalah..jd,atok rase kamu sudah fahamkan apa y atok cuba sampaikan?atok harap,kamu
berusalah untuk jadikan jiwa kamu sebesar tasik tadi..supaya apabila dtg masalah,kmu bisa menghadapinya dengan tabah..dan y paling penting,kamu kne ingt,ALLAH sentiasa ada untuk kamu..laa haulawalakuwwataillabillah…walaupun kita kecik anak muda,tp y penting,jiwa kita besar…


Anak muda:skrg sy faham atok..trima kasih byk2 atok..

ok..dah hbis da cerita...smoga sama-sama dpt mgmbil manfaat drp cerita atok ni..wassalam..

p/s;abaikan gmbr upin ipin,hiasan semata-mata..tp gmbr batu nisan bckgroud kpd gmbr upin ipin tu,take it seriously!ingt mati slalu,kerana org y bijak ialah org y slalu ingt pd mati..kematian y sdg mghpiri kita...

Sabtu, 16 Julai 2011

computer tips(mcm menarik)




‎’Enter’ the masjid,
‘Forward’ your solat,
‘Download’ pahala,
‘Firewall’ your iman,
‘Backspace’ from syaitan,
‘Bookmark’ to ALLAH SWT,
‎’Delete’ ALLAH’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah,
‘Help’ your muslim brothers n sisters,
‘File’ your amal,
‘Edit’ your akhlaq
‘View’ your good and bad deeds,
‘Search’ the straight and right path,
And InsyaALLAH you will never get
‘virus’




p/s:dah xsmpai sbulan nk masuk bln ramadhan..smoga ramadhan kali ini penuh makna..
y paling best,dpt berpuasa kat rumah,bersama-sama keluarga tercinta
manfaatkn ia dengan sebaiknya..susah nk dpt pluang cuti lama2 mcm ni..happy!!

I'm in love With 'mr.chicken soup'.











Selasa, 12 Julai 2011

NICE is very nice...









bila diberi peluang bergambar,jgn lepaskan..biarpun muka masing2 tgh blur..mengantuk.hehe




assalamualaikum..di sini serba sedikit ilmu y saya dpt smsa menyertai NICE di kem kijang baru2 ni..rasa bersyukur sbb dberi pluang u join program ni..rase inferior pun ade sbbnya ramai student2 medic y join NICE ni y blaja kt overseas...(ireland,UK,indon DLL)..

antara slot y paling best gak,trip to stroke centre and HUSM...sy dpt trip tu stroke centre..stiap student dletakkn dlm stu kumpul berempat n dketuai sorg doctor,dbawa melawat ke 2@3 buah rumah patient y ade pnyakit stroke..tujuan slot ni,nk mmberi pendedahan pd kita smua mcm mana nk approach patient n y paling penting skali,smpaikn dakwah







trip to stroke centre
-time to practise your knowledges-



tnya patient tu,klu sakit ni solat x,puasa x,mcm mana ambik wudhu smua tu..n klu y xtau,kami ni la y akn ajar...sblm p trip ni,mmg dah byk slot u kami peserta2 ni blajar pasal fiqh perubtn ni..siap kene blakon lagi(amali)..ada y kne jd patient,pkai colostomy bag n mcm2 lgla..so,trip tu nk expose kt ktorg situasi sebenar bila berhdpn dgn patient n mcm mna nk amalkn ilmu fiqh medcne tu..


saye sakit lutut ni,xbley berdiri,mcm mana nk solat??

kalau pkai eye pad ni,cmne nk wudhu?




1..2..3..action!!..blakon jgn x blakon(amali)



pesanan DR.MUHAYA pd setiap pesakitnya
1.be grateful
2.i don’t heal you,you heal yourself
3.be positive all the time
4.be generous
5.penyakit dunia hanya sementara
6.jika kita jaga urusan akhirat,urusan dunia insyaALLAH settle

Success is not base on what you get but base on what you give!




p/s:sbnrnya byk lagi perkongsian y dberikan oleh DR.MUHAYA n doctor2 lain,tp terlampau byk,smpai mls nk menulis..hehe..klu siapa2 y nk tau lg prkongsian apa,bley la p blogwalking di blog my junior,asma http://awqafa.blogspot.com Asma dah post pasal NICE ni di blog dia sendiri..so,sy dah mls nk ulas benda y sama...(^_^)






bergambar beramai2 bersama DR.muhaya..



majlis perasmian NICE 2011






Khamis, 9 Jun 2011

HarGailah diriku ini...

assalamualaikum..slmt membace..enjoy!!



Hargailah diriku ini…



Di sebuah kawasan di dalam planet bumi,berlakulah perbualan ringkas antara MR.M dan MR.S..



Mr.M:Dah satu bulan lebih ni,knplah MR.HA x guna aku betul-betul yer?padahal bukan ny Mr.HA tu banyak kerja sangat pun..bukannya kene study,pergi kelas or buat assgment ape2 pun..hmm…aku kat sini rasa mcm x dhargai sgt…aku kecewa sgt dengan MR.HA tu…sangat berbeza jika nk dibndingkan sebelum-sebelum ni…agaknya MR.HA lupa kot,aku ni boleh bergerak laju….mane ade nk brek-brek ble jmpe traffic light ke,jmpa polis ke,jmpe roadblock ke…aku main rempuh je,ape aku kisah,yang penting,aku buat kerja aku…kerja aku pun mmg slalu berjalan je…klu orang arab plak,mmg selalu panggil aku pedang…knpalah diriku tidak dihargai??mentang-mentangla MR.HA dapat aku dengan cara y senang,x berbayar pun…so,xpndai sgt nk hargai…klu nk hargai aku pun,ade time2 tertentu je…hmm…



MR.S:owh,begitu…klau mcm tu,kite ade persamaanla…aku ingtkan aku sorang je rase mcm tu,rupenye kau pun Mr.M,rase cm tu ea…biar ak citer pasal ak plak…aku pun lebih kurang mcm kau jugakla…slalu je MR.HA lupe kt aku ni,padahal aku pun pnting dlm hidup MR.HA tu..klu aku ade,kadang-kadang x pandang aku pun…men hentam je..bkn nk jaga or bersyukur ke kt orang y hadiahkan aku kt MR.HA tu..klu akula,dah ade org bg hadiah,hargailah..bersyukur..guna sebaiknya u kbaikan…ni x,klu xde aku, or aku buat hal ke,barula MR.HA tu nk hargai aku.baru nk tercari-cari aku..br nk susun aku betul2..dah aku xde,mula lah nangis2 nk suruh SI PEMBERI hadiah kembalikan aku(MR.S)..ish3..xpatut btul MR.HA tu buat mcm tu…




Di satu kawasan y lain,Di bawah pokok pisang,berfikirlah MR.HA tntg MR.M dan MR.S smbil mengeluh panjang...



MR.HA:hmm....Aku ni,klu xde MR.S,mmg aku xley buat ape2 la..kerja pun jadi susah..td aku nk makan pun,xde selera sbb xde MR.S menemani aku..mmg terus xde selerala nk makan..haish…teringat pesanan shbt aku,makan selagi ade selera..tp skrg da xde selera,susahla..PEMBERI HADIAH tu da tarik MR.S kt mulut n lidah aku ni..jadi susahla aku nk makan n minum..asal nk kunyah makanan je,terasa sakit...nk bercakap pun jadi malas nk buka mulut..y sedihnya,nk menyebut bacaan dalam solat pun,susah sbb asyik sakit je..astagfirullah halazim…hmm..Ya ALLAH,pulangkan MR.S padaku YA ALLAH…aku menginginkannya..aku merinduinya..tiba-tiba,air mata keinsafan mengalir laju..



Teringtlah pula MR.HA pd MR.M..bertambah sebak MR.HA mengingatkan MR.M kerana MR.M,walaupun sekuatmana MR.HA menangis sampai keluar air mata darah sekalipun,MR.M tidak akan kembali…Mr.M telah pergi meninggalkn MR.HA…Cuma y ada,MR.M y sedang MR.HA kecapi dan akn kecapi..MR.M y dahulu MR.HA persiakan,hanya tinggal kenangan…teringan MR.HA pd satu ayat-ayat cinta y berbunyi :


Demi masa,sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati kearah kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran..(surah al-ASR 1-5)


Juga teringat MR.HA pd pesanan orang2 arb,


al waktu kassaif,illam taktoahu,qatoaka…waktu itu ibarat pedang,jika kamu tidak memotong,dia akan memotongmu..


da hbis da...(@_@)



Watak-watak utama:
MR.HA:hamba ALLAH(diri saya sendiri)
MR.M:MASA
MR.S:SIHAT


Pengajaran:

1.dua nikmat y sering kita lupa ialah nikmat masa lapang dan nikmat kesihatan…hargailah kedua-dua nikmat ini sebelum ia berlalu pergi..(^_^)..

2.YA ALLAH,jadikanlah hari ini lebih baik daripada semalam,esok lebih baik drp hari ini dan hari-hari selepas ini lebih baik drp hari-hari sebelumnya..insyaALLAH..ameen..

Isnin, 23 Mei 2011

cOpy PasTe..(^_^)

assalamualaikum....

bace article ni slow2...aku ingin jadi seperti perempuan ini...insyaALLAH....same2 cuba...


Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..

Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.

Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!

Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.

Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.

Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.

Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.

Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.

Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?

Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.

Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.

Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.

Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.

Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang
wanita."

Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.

Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.

Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.

Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!

Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.

Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat!

Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.

Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.

OH, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.

Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.

Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.

Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.

Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.

Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.

Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya?

Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...

Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.

Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..

menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!

Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!

Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.

Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.

Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.

"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."[An-Nisa', 4 : 13]

ps:article ni sy copy paste dari iluvislam.com..
tertarik u menyimpan article ni dlm blog sendiri..
smoga bermanfaat u semua...
aku ingin jadi seperti perempuan ini...

wassalam...

Sabtu, 21 Mei 2011

dunia hari ini....

assalamualaikum...



Dunia hari ini..ku rasakan sudah tidak aman lagi,
Pembunuhan disana-sini…
Fitnah menfitnah berleluasa
Bagai virus y menyerang semua benda


Dunia hari ini…kurasakan sudah tidak selamat lagi
Orang y tidak bersalah,merasa takut pada orang y bersalah
Orang y ditindas,merasa takut pada orang y menindas
Orang y lemah,merasa takut pada orang y kuat
Orang y tidak ada kuasa,merasa takut pd org y berkuasa..
Mgsa2 kekejaman,merasa takut pd tentera2 y kejam..


Mana tidaknya…orang y bersalah bijak menyembunyikan kesalahannya..
Mana tidaknya,duit menjadi raja dihati..y benar disembunyikan…
Bagai menyumbat duit kedalam mulut…dibuka mulut,duitnya jatuh..lebih baik tutup mulut,duit xjatuh..
Mana tidaknya..Orang y menindas asyik melakukan penindasan dan menghukum tanpa berfikir..
Mana tidaknya..Orang y kuat dan berkuasa,menyalahgunakan kekuasaannya…
Mana tidaknya,mereka Diberi amanah u menjaga keamanan,tp sebaliknya y dibuat..
Diberi kuasa bukan untuk membela nasib org2 y lemah dan ditindas,
Tp kuasa digunakan u membela pesalah2 y bertopengkan syaitan!
Hanya manis dibibir..manis pd kata2..tp fail pd praktikalny..


Dunia hari ini,kurasakan sangat kejam..
Rasuah berleluasa…
Pecah amanah sudah menjadi trend..
Duit dan harta menjadi rebutan..
Kuasa diberikan bukan pd mereka y layak..
Bayi2 kecil dibuang di merata-rata tempat..
Oleh manusia y bertopengkan haiwan,Hanya tahu memuaskan nafsu..
Media massa pula,sudah sangat tidak releven lagi,
Dijadikan mainan politik u pihak2 y BERKUASA…
Sedangkan sepatutunya menjadi saluran utama u mnyalurkn mklumat y benar
Tp hari ini..y sebaliknya berlaku..oh dunia hari ini…


Dunia hari ini,kurasakan sudah tonggang terbalik semuanya..
Jawatan diberi,untuk menguruskan Negara..
Jawatan diberi,untuk menguruskan rakyat..
Jawatan diberi,untuk tidak membebankan rakyat..
Jawatan diberi,untuk menguruskan harta2 rakyat..
Jawatan diberi,untuk menguruskan hasil Negara..
Tp hari ini,apa y berlaku???
Semuanya tonggang terbalik….
Semuanya bertentangan drp apa sepatutny berlaku…
Itulah dunia hari ini..
Fikir-fikirkan lah…


alangkah baiknya jika agama dijadikan sandara hidup..


alangkah baiknya jika hukum-hukum ALLAH dijadikan pegangan..


alangkah baiknya jika segala perkara dilakukan semata2 kerana ALLAH..


alangkah baiknya jika al quran dan hadis mnjadi sumber pegangan dalam pemerintahan..


alangkah baiknya jika kita semua mengamalkn cara hidup islam dalam semua aspek kehidupan..


alangkah baiknya....(^_^)





Selasa, 10 Mei 2011

jadilah seperti pokok nyior..






assalamualaikum....


siape x kenal pokok kelapa @ pokok nyior dlm bhsa ganu,sila angkat kaki...hehe...dah xtau nk wat intro mcm mane..



Jadilah seperti pokok kelapa dimana setiap inci daripada pokok ini,berguna untuk kita semua…batangnya boleh dibuat jambatan or tiang pondok,daunnya dianyam untuk membuat tikar,lidinya digunakan sebagai penyapu,buah dan isinya sbgai makanan,airnya sebagai penawar penyakit dan penghilang dahaga dan pokok itu sendiri sebagai benteng penghalang angin y kuat di tepi pantai…



Kita juga seharusnya jadi seperti pokok kelapa,sentiasa berguna untuk orang lain..biarlah setiap inci tubuh badan kita ni dpt memberi manfaat kpd orang lain dan yang paling penting,dpt menyumbangkan sesuatu untuk agama y kita anuti,islam…xkiralah dari segi fizikal,mental mahupun rohani…biarlah setiap anggota badan kita ni spt tangan,mulut,kaki,mata dan aggota lain,kita gunakan untuk mmbntu orang lain dan islam…walaupun kita tidak mampu untuk memberi sumbangan seperti sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup bekorban harta,tenaga,nyawa dan sebagainya semata-mata untuk menegakkan islam,buatlah sekadar yang mampu kita lakukan..



Jika ditanya saya,apa sumbangan yang telah saya berikan untuk islam,malu untuk saya menjawabnya..sangat malu…saya mengaku,kebanyakan pekerjaan yang saya buat,kebanyakannya memberi manfaat untuk diri saya shja…tp sgt sedikit untuk islam...hmm…pernah sy ditanya oleh seorang brother ni,ape y telah awk smbg u islam??sy hnya mmpu diam..xtau nk jwb ape..pd wktu tu juga,brother ni minta seorang shbt sy untuk listkan buku-buku y disukainya..dan dlm list tu,adela shbt ni tulis name sebuah novel…dan slps tu,bro ni tnyela shbt,ape pgjrn y awk dpt drp novel ni?dan ade tak something y awk bley ambik dan aplikasikan u naik kan balik nama islam??semua y berada disitu tergamam..shbt sy menjwb,dia puas hati lpas hbis bc buku tu..gembira..dpt mnjiwai watak dlm novel tu..tp gembira dan puas hati stakat tu jela..sbb dpt hiburkan hati...peristiwa tu ckup mmberi stu tamparan buat sy krn sy pun dahulunya pminat novel..tp sy tidak katakan mmbc nvel tu xbley..bley..byk je novel2 y da bgus2 skrg…



Yela,fitrah manusia,nak kan hiburan..mane bley lari drp hiburan…berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah…tp pandai2 la pilih2 mana y bley gve smthing u kite n islam n y paling pnting,xsalah berhibur slagimana ia xbwk kita pd bnde2 y largho n berlebih-lebihan…
Berbalik pd tjuk,kite cubalah u jd org y sntiasa mmberi mnfaat pd org lain n islam..campak lah kita kat mana skalipun,kita akn sntiasa berusaha u smpaikan dakwah pd org lain…sntiasa brusaha u pastikan islam berada betul2 pd tempatnya,tmpat y paling tinggi…



اسلام يعلوا ولايعلى عليه
Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya(Hadith riwayat al-Baihaqi)

Okla..panjangla pulak..as a saying goes,jgn tgk pada org y menulis,tp tgk la pd isinya..klu tgk pd penulisnya,mmg sy xlayak u nasihat org lain…tp sy mnulisnya ats dasar,ballighu walau ayat..sampaikanlah walaupun satu ayat…mane y baik,dtgnya drp ALLAH,y mngerakkan hati saya u mnulis dan y buruk,dtg dr kelemahan diri saya sndiri…mnunjukkn mnusia tu lmah…



"Andai diumpamakan Islam pada hari ini seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan keseluruh pelusuk dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tak ingin mengutip ramainya bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"
As-Syahid Imam Hassan al-Banna



wallahualam..(^_^)