Ahad, 29 Ogos 2010

esok punye pasal....

esok...
glycogenesis
glycogenolysis
glycolysis
gluconeogenesis
kreb cycle
electron transport chain
lypolysis
ketogenesis
fatty acid synthesis..
semua y ade 'sis' kt blakang..semue sumbat dlm kepale
stakaT ingt process,xckup...enzyme punyela byk,smpai bertukar2...
glycerol-3-phosphate or glyceraldehyde 3 phosphate??hahaha..dua-dua guna short form G-3P...
xmasuk regulation lagi..
ni baru 2 metabolism,carbohydrate n lipid metabolism..
nnti pro xam,lg byk...
ALLAH HUMMA YASSIR WALA TUASIR....
and mlm esk juga masuk malam ke 20 ramadhan..
dmana semua orang bekejar-kejar rebut mlm ni..
semoga kita same2 grab all the opportunities!!
sbb...blm tentu ramadhan thun dpt kita dpt jumpe lg..
n blm tntu 1000 bulan=83 tahun kita dapat hidup tme tu..
wassalam..

Isnin, 23 Ogos 2010

kisah rumput dan kasih sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.


Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.


Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas dan hargailah orang di sekeliling kita..keluarga kita ,sahabat2 kita dan lecturer2 kita..


Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.kasih sayang ALLAH tiada tolak banding ny..

Selasa, 17 Ogos 2010

bila hati berbicara...

Mengapa sukar untuk memberi maaf apabila hati sudah dilukai? Mengapa tidak mahu melupakan apabila disakiti? Mengapa tidak tenang dan sering berdendam apabila dihina dan diumpat? Andainya kita tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain bererti kita belum mempunyai hati yang benar-benar bersih, kita belum menjadi seorang yang rendah hati dan pemaaf.

rasa macam terkena atas batang hidung diri sendiri bila baca ayat kat atas..
Memaafkan kesalahan orang lain bukan mudah,meminta maaf pun bukan mudah…tapi bagi saya,setiap kali saya buat apa-apa kesalahan x kirala pada sesiapa pun,saya akan rasa bersalah sangat2…dan setiap kali tu la saya akan fikir..kalaula ajal saya sampai ataupun ajal orang y saya nak mintak maaf tu sampai sebelum sempat saya mintak maaf pada dia mcm mana??boleh ke saya mintak maaf lagi kat dia kalau dia dah tiada?? saya xnak bila ajal saya smpai,saya masih terikat dan bergelumang dgn dosa2 y sy lakukan pada org lain,sya xnk berhutang maaf dgn org lain..
Ya ALLAH,takutnya..mesti hidup xtenang…mula la rasa menyesal..tapi menyesal pada masa itu tiada gunanya…mengis air mata darah skali pun,orang tu xbley hidup blik..setiap kali saya rasa ada buat salah pada orang lain,tiap kali tu lah saya akan sentiasa ingatkn diri saya,’tirah,kalau awak tak maafkan kesalah orang lain,awak nak ke di akhirat nnti,orang tu datang merayu-rayu kat awak supaya dia di maafkan??cuba awak bayangkan,di akhirat kelak,di saat matahari hanya satu jengkal di atas kepala awak,di saat tiada lagi orang tersayang di sisi awak,awak bersendirian dan tiba-tiba datang orang berlutut,merayu-rayu supaya diri dia di maafkan…dan cuba bayangkan kalu awak pula di tempat orang y merayu2 agar dia di maafkan,mcm mana perasaan awak ketika itu??ASTAGFIRULLAH HALAZIM..sebab itulah saya rasa,dalam apa2 keadaan skali pun,xkirala saya bersalah atau tidak,saya lebih suka meminta maaf daripada orang tu..sbb,kdg2 mungkin org tu makan hati dengan kita,tapi just simpan dalam hati..

Memangla kadang2 kita rasa sukar untuk kita meminta maaf dan memberi kemaafan lebih-lebih lagi kalau itu bukan berpunca daripada kita… betul!!xboleh di nafikan…saya sendiri pun kadang2 sukar u maafkn orang lain,tapi saya cuba u pujuk hati saya…doa banyak2 agar diberi kelembutan hati,dibuka pintu hati agar memaafkan orang lain...xde perasaan dendam,xde perasaan iri hati. kita kena ingat,semua orang xterlepas daripada mlakukan kesalah…xde orang y sempurna…sedangkan ALLAH memaafkan hamba-hambanya y bertaubat,inikan kita manusia biasa…kalau kita buat dosa terhadap ALLAH,insyaALLAH ALLAH akn ampunkan dosa-dosa hambany kerana ALLAH itu maha pengampun..tapi kalau kita buat dosa dengan manusia,belum tentu dia maafkan…itulah unikny manusia…hati manusia lain2…ade yang lembut,ade y keras,ade y ego..ade y perlu dipujuk…dan kita juga kene ingat,perasaan benci,sayang,rindu,dendam dalam hati kita,semuanya adalah ujian ALLAH…pernah tak korang rasa,hari ini,korang suka pada orang tu,tapi esok harinya,tengok dia pun xnak,meluat…kenapa ek??sebenarnya ALLAH nk uji kita…ingatlah,ALLAH y berkuasa membolak balik kn hati manusia…
Ingatlah bahawa semua yang terjadi ini hakikatnya adalah dari ALLAH jua. Segala kelemahan dan kesalahan manusia terhadap kita adalah ujian dari ALLAH. Dia mahu melihat apakah kita dapat menerimanya dengan sebaik-baiknya. Bila kita tetap marah dan tidak mahu memaafkan kesalahan orang lain pada kita ertinya kita marah pada ALLAH. Kita berkata "ALLAH, tidak patut Kau buat aku begini." Bila orang bersalah dengan kita selidiklah apakah dosa yang kita lakukan sehingga ALLAH takdirkan begitu terhadap kita.


Bila sedar akan kesilapan dan dosa kita sama ada terhadap manusia atau kecuaian kita pada ALLAH, nanti akan datang rasa 'memang patut dihukum' dan orang yang melakukan kesilapan terhadap kita hanyalah sebagai perantaraan sahaja.Bila sedar bahawa segala kejahatan manusia terhadap kita merupakan hukum dari ALLAH, seharusnya kita bersyukur kerana dihukum di dunia. Itu juga tanda ALLAH memberi perhatian kepada kita dan mahu mengampunkan dosa-dosa kita di dunia agar terlepas hukuman yang lebih dahsyat di akhirat. Sepatutnya ini menggembirakan kita sehingga mampu untuk kita memaafkan orang yang bersalah. Seandainya kita tidak mahu memaafkan kesilapan orang, kita tidak untung apa-apa. Apalagi kalau berdendam atau bertindakbalas dan berkasar terhadapnya; maka kita juga akan terjerumus dalam dosa dan mendapat kebencian dari ALLAH S.W.T.

Dulu ustaz kat sekolah selalu pesan,pernah x kalau korang tgh exam,tiba-tiba blurr??padahal sebelum tu korang da study giler2 la bab tu,tapi tiba-tiba blurr?sebenarny,tu disebabkan ALLAH letak hijab pada kamu…mungkin kamu ade buat salah pada orang lain,dan orang tu rasa sgt marah pada kamu…mungkin kamu ada buat salah pada guru-guru…smpaikan ilmu tu x berkat…nauzubillah hi min zaalik…oleh itu,bersegeralah memohon maaf dan mmberi kemaafan pada orang lain..

Okla…setakat tu je..wassalam…

Selasa, 10 Ogos 2010

R.A.M.A.D.H.A.N




salam..
dapat mesej drp sorg kawan y berbunyi:
nama saya SYA'BAN.sy mengingatkn anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akn datg mngunjugi anda tidak lama lg bersama isterinya REZEKI dan kedua-dua anakny iaitu SAHUR dan IFTAR.mereka akn dtemani oleh oleh ketiga-tiga cucunya iaitu RAHMAT,BARAKAH dan KEAMPUNAN.mereka akn pulang slps 30 hari dgn mnaiki pesawat penerbangan EIDUL AIRLINES.hargai mereka dan anda akn mndpt pahala berlipat ganda!!