Ahad, 21 Ogos 2011

doaku..harapanku..


assalamualaikum



Hari demi hari kususuri
Di dalam bulan y penuh barakah
Tidak lain tidak bukan,
Ingin mencari keredhaanMU
YA ALLAH…


Ku perbanyanyakkan zikir
Ku perbanyakkan istighfar
Tidak lain tidak bukan,
Untuk merapatkan diri padaMU
YA ALLAH..


ku ingin sekali merasai kemanisan iman
YA ALLAH..

Ku menyusuri bulan ini
Dengan penuh harapan
Agar dosa-dosa ku gugur
Gugurnya seperti daun-daun kering
Supaya tiada lagi kekotor
Tiada lagi debu-debu dosa dalam diriku..

supaya tidak kusesali meninggalkan ramadhan kali ini


Ya ALLAH
Ampunilah daku,berkatilah daku dan rahmatilah daku

Ya ALLAH,Engkau Maha pengampun,suka mengampuni,
Maka ampunkanlah daku..
Jauhilah daku drp azab nerakaMU y ckup pedih
Dan dekatkanlah daku pada syurgaMU y cukup indah


Wahai Tuhan ku Tak Layak Ke Syurga Mu

Namun Tak Pula aku Sanggup Ke Neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku

Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai

Dengan rahmat Mu ampunkan daku oh tuhan ku
Suburkanlah cinta kami kepada Mu
Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu

22 ramadhan...(^_^)



Rabu, 10 Ogos 2011

Selasa, 2 Ogos 2011

adakah rindu kita bermusim?

assalamualaikum..


Adakah rindu kita bermusim?


Bila ramadhan tiba,rindu kita pada al quran,semakin menebal

Bila ramadhan tiba,rindu kita pada langkahan kaki ke masjid semakin cepat,

Bila ramdhan tiba,rindu kita pada solat-solat sunat semakin meningkat,

Bila ramadhan tiba,tangan2 kita ringan untuk bersedekah,


Bila ramadhan tiba,mulut ringan je mengucap tasbih,tahmid dan zikir2..


Bila ramdhan tiba,segala macam benda dijaga..mata,mulut,telinga n y pling penting,hati
Itulah berkatnya bulan ramadhan..


Semua orang berkejar kejaran membuat kebaikan..alhmdulillah..


Dan Alangkah baiknya jika semua y kita lakukan pd bulan y barakah ini,dteruskan pd bulan2 y lain..


Bulan ramdhan,bulan mentarbiyah diri..seperti sebuah sekolah..


Dan apa y penting,kesannya y kita bawa drp bulan ramadhan pada bulan2 y masih berbaki selepas ramadhan..


Kesan bulan ramadhan hanya dapat dilihat hasilny pd bulan2 y lain..


Adakah kita istiqomah??muhasabah diri kita kembali..

Adakah rindu kita bermusim??


Tepuk dada,Tanya iman…


p/s:luahan hati ini(diri saya sendiri) y juga susah u istiqomah..astagfirullahalazim 3x..

smoga ramadhan kali ini betul2 memberi kesan pd diri ini..

dan hrgailah ramadhn ini krn dberi pluang u berpuasa dgn family y jarang skali dberi pluang sebegini dan mgkin tidak dpt rasainy lg pd thun dpn + dlm cuti,tnpa terikt pd kelas or xam..