"the most beautiful thing in the world is not to be seen with eyes,not to be heard with ears but only to be felt in the HEART".
Isnin, 23 Mei 2011
cOpy PasTe..(^_^)
bace article ni slow2...aku ingin jadi seperti perempuan ini...insyaALLAH....same2 cuba...
Aku seorang perempuan. Perempuan yang hidup dalam arus dunia moden. Penuh tipu daya andai tersilap langkah.. MERANA..
Aku perempuan yang benci akan penyakit cintakan dunia. Aku perempuan yang mahu cinta Allah meresapi seluruh jiwa! Tenggelam dalam cinta-Nya. Sungguh mengasyikkan.
Aku seorang wanita yang mahu tetap teguh pendirian. Halangilah jalanku ke arah reda-Nya, pasti akan kutempuh jua.
Aku perempuan yang bukan begitu mudah untuk patah semangat.. Aku perempuan yang tidak takut dengan helah palsu kerana aku punya Dia! Kebenaran pasti tertegak!
Hasbee Rabbee. Maa fee qalbee ghairullah.Cukuplah Allah bagiku. Tiada dalam hatiku selain Allah.
Tatkala perempuan lain megah memaparkan gambar di Facebook. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya maruah. Allah menganugerahkan kecantikan dan kelebihan tersendiri pada tiap-tiap insan bernama wanita.
Oh, bukan untuk dijadikan bahan jajaan mata lelaki bernafsu. Tetapi, khazanah yang perlu disimpan hingga waktunya tiba. Hanya buat suamiku. Aku tidak akan sesekali menghampakan dia.
Aku bangga memperjuangkan pakaian sunnah. Aku bangga mengenakan busana yang menepati kehendak Allah. Aku bangga menutup keseluruhan auratku daripada menjadi panahan mata lelaki. Biar mereka memandang serong.
Tidak pernah tergugat usahaku dalam mendamba reda-Nya. Sedikitpun aku tidak peduli pandangan manusia. Ya, mengapa harus peduli sedangkan Dia adalah Pencipta?
Aku langsung tidak ingin kelihatan cantik di mata ribuan lelaki. Aku langsung tidak ingin menjadi rebutan jejaka kacak atas mata yang hanya memandang kecantikan. Aku langsung tidak ingin sang pria menaruh hati dan harapan kepadaku kerana rupa.
Aku tidak mahu menjadi fitnah bagi mereka. Aku tidak mahu mereka sibuk memikirkan aku melebihi Al-Khaliq Sang Pencipta. Kerana aku tidak tahu alasan apa yang harus ku utarakan saat Dia bertanya kelak.
Malah apabila aku menjadi punca dua jejaka bermasam muka dan bergaduh, aku terasa begitu hina! Seolah-olah aku hanyalah barang yang bisa dibeli begitu sahaja. Aku punya maruah. Aku bukan barang jajaan yang mudah dilihat, disentuh, diusik, direbut sesuka hati! Kerana aku hanya khusus buat dia.
Kerana aku sentiasa merasakan dia ada di sisi walaupun pada mata kasarnya dia tiada menemani. Hanya keyakinan aku sandarkan pada-Nya dalam sebuah penantian. Itu sahaja sudah cukup. Cukup buat aku bahagia dengan dia, takdirku kelak.
Malah aku malu membiarkan seorang lelaki ajnabi berjalan di belakangku lantaran fitnah yang mungkin timbul. Mengingatkanku kepada apa yang dikatakan oleh Saidina Umar radhiallahu 'anhu, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang
wanita."
Aku mahu menjadi perempuan yang sukar. Sukar didekati. Sukar dipermainkan hatinya. Sukar tunduk kepada kehendak nafsu. Sukar mengatakan ya kepada pergaulan yang tiada batasan syarak.
Sukar untuk merasa tenang apabila melihat anak bangsa semakin rosak. Sukar membuang perasaan malu terhadap ajnabi. Aku mahu jadi perempuan yang sukar itu. Aku mahu menjadi sebaik-baik wanita yang tidak memandang dan tidak dipandang. Seperti pesanan Saidatina Aisyah radhiallahu 'anha. Ini baru aku.
Tatkala perempuan lain sibuk memikirkan cinta manusia. Aku mengatakan. Itu bukan aku.
Kerana aku perempuan yang punya matlamat. Aku punya agama yang mesti aku perjuangkan. Lihat! Cubalah lihat di luar sana! Sedih! Aku sayangkan wanita di luar sana! Anak-anak remaja perempuan yang berpakaian mendedahkan aurat.
Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang asyik memikirkan kapan bila mahu bertemu pacarnya. Sedih! Aku sayang mereka! Perempuan yang membonceng motosikal lelaki dan dijadikan hadiah pertaruhan lumba haram. Sedih! Aku sayang mereka! Wanita yang telah dinodai kehormatannya dengan rela!
Sememangnya aku perempuan, aku juga punya rasa. Menyayangi dan disayangi. Namun aku tidak akan begitu mudah tertipu. Kerana aku tidak begitu bodoh untuk menghabiskan masa dengan memikirkan perkara yang tidak pasti.
Hanya angan-angan sementara. Aku bukan perempuan yang menghabiskan masanya sering memikirkan masalah sendiri dan tidak memikirkan kudis yang semakin membusuk pada umat!
Aku tidak mahu menjadi perempuan yang mementingkan diri sendiri.
Tatkala perempuan lain sibuk menunggu dan membalas SMS cinta. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang punya hala tuju. Aku tidak akan membazirkan masa mudaku untuk perkara yang langsung tidak bermanfaat untuk akhirat! Hanya keseronokan sementara. Hanya mengenyangkan nafsu.
OH, aku bukan begitu. Kerana aku mahu sibuk menelaah ilmu. Menggali ilmu Fardu Ain dan juga yang berkaitan dengan hukum syarak. Menjadi seorang wanita yang beramal dengan ilmunya.
Mencontohi Saidatina Aisyah a.s yang cukup cerdas dan cerdik dalam mengeluarkan fatwa. Sehingga menjadi antara rujukan dalam urusan berkaitan hal ehwal masyarakat dan hukum hakam. Itu semua berdasarkan ilmunya.
Sehingga membawa aku untuk berfikir sejenak. Alangkah bodohnya diri andai melayan cinta palsu yang berlandaskan nafsu sedangkan terlalu banyak ilmu yang belum aku teroka.
Aku tidak suka melayan perasaan yang sia-sia sedangkan 'dia' telah ditakdirkan buatku. Aku mahu menjadi perempuan yang matang dengan ilmunya. Dengan ilmunya makin terasa manis akan ibadat. Makin terasa semakin dekat dan erat dalam dakapan kasih Allah. Dengan ilmu yang mewujudkan perasaan khauf, takutkan Allah.
Tatkala perempuan lain ada yang materialistik terhadap wang. Aku mengatakan. Aku bukan begitu.
Kerana aku perempuan yang materialistik terhadap pahala. Mahu akaun akhirat kaya dengan amal soleh. Setiap detik bagiku amat berharga untuk aku lakukan sesuatu yang dipandang oleh-Nya. Kerana aku mahu menjadi wanita syurga! Itu bukan sekadar madah penyedap kata. Bukan sekadar omong kosong. Ini cita-cita tertinggi aku.
Kerana aku perempuan yang berfikiran jauh. Berpandangan jauh ke hadapan. Aku benar mahu cinta-Nya. Terkadang aku terfikir. Andai aku di tempat Masyitah yang dipaksa terjun ke dalam minyak panas semata-mata untuk mempertahankan keimanan, apakah aku kuat sepertinya?
Atau mungkin aku akan lari atau mungkin aku akan... entah. Aku menangis...
Aku mahu seperti Rabi'ah al-Adawiyah. Cintanya terhadap Kekasih Agung begitu mengagumkan. Sehingga dengan ujian dia merasa gembira. Benar reda dan tidak merungut walaupun ditimpa musibah. Diculik dan menjadi hamba kepada raja yang zalim.
Apakah aku mampu seperti sufi wanita ini. Yang memperkenalkan apa itu falsafah Cinta Ilahi sehingga tiada cinta manusia di hatinya kerana cintanya yang terlalu mendalam terhadap Yang Satu. Tetapi aku... Aku menangis lagi..
menangis.. Menangis.. Menangis.. Namun, tangisan ini membuatkan aku kembali kuat. Menyedarkan aku daripada lamunan. Kerana aku bukan perempuan yang mudah menyerah kalah! Allahuakbar! Aku tidak kenal erti jatuh yang tidak bangun. Aku bukan perempuan yang begitu. Lembik. Lemah!
Aku bukan perempuan lembik yang lemah. Mengada-ngada. Tidak mampu untuk hidup berdikari dan yang hanya bergantung kepada orang lain. Aku bukan perempuan yang penakut dan pengecut! Aku bukan perempuan yang mudah kalah terhadap cabaran!
Aku mahu menjadi perempuan yang lembut. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak lari daripada cabaran dunia tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan Dia sentiasa di sisi, aku tidak akan takut menegakkan kebenaran. Mempunyai hati yang bisa dilentur namun tak mudah untuk dipatahkan. Aku perempuan yang mampu berpijak atas kaki sendiri.
Akan ku kesat air mata ini dengan semangat baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus-Nya. Aku tidak akan begitu mudah menurut kata nafsu. Aku perempuan yang ditarbiyah. Mampu mempertahankan maruah sendiri daripada tergadai oleh godaan duniawi. Aku ada Dia. Cukup.
Aku tidak mahu neraka. Aku mengatakan. Itu bukan aku. Kerana aku perempuan yang mahukan syurga.
"Barang siapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung."[An-Nisa', 4 : 13]
ps:article ni sy copy paste dari iluvislam.com..
tertarik u menyimpan article ni dlm blog sendiri..
smoga bermanfaat u semua...
aku ingin jadi seperti perempuan ini...
wassalam...
Sabtu, 21 Mei 2011
dunia hari ini....
Pembunuhan disana-sini…
Fitnah menfitnah berleluasa
Bagai virus y menyerang semua benda
Orang y tidak bersalah,merasa takut pada orang y bersalah
Orang y ditindas,merasa takut pada orang y menindas
Orang y lemah,merasa takut pada orang y kuat
Orang y tidak ada kuasa,merasa takut pd org y berkuasa..
Mgsa2 kekejaman,merasa takut pd tentera2 y kejam..
Mana tidaknya…orang y bersalah bijak menyembunyikan kesalahannya..
Mana tidaknya,duit menjadi raja dihati..y benar disembunyikan…
Bagai menyumbat duit kedalam mulut…dibuka mulut,duitnya jatuh..lebih baik tutup mulut,duit xjatuh..
Mana tidaknya..Orang y menindas asyik melakukan penindasan dan menghukum tanpa berfikir..
Mana tidaknya..Orang y kuat dan berkuasa,menyalahgunakan kekuasaannya…
Mana tidaknya,mereka Diberi amanah u menjaga keamanan,tp sebaliknya y dibuat..
Diberi kuasa bukan untuk membela nasib org2 y lemah dan ditindas,
Tp kuasa digunakan u membela pesalah2 y bertopengkan syaitan!
Hanya manis dibibir..manis pd kata2..tp fail pd praktikalny..
Rasuah berleluasa…
Pecah amanah sudah menjadi trend..
Duit dan harta menjadi rebutan..
Kuasa diberikan bukan pd mereka y layak..
Bayi2 kecil dibuang di merata-rata tempat..
Oleh manusia y bertopengkan haiwan,Hanya tahu memuaskan nafsu..
Media massa pula,sudah sangat tidak releven lagi,
Dijadikan mainan politik u pihak2 y BERKUASA…
Sedangkan sepatutunya menjadi saluran utama u mnyalurkn mklumat y benar
Tp hari ini..y sebaliknya berlaku..oh dunia hari ini…
Jawatan diberi,untuk menguruskan Negara..
Jawatan diberi,untuk menguruskan rakyat..
Jawatan diberi,untuk tidak membebankan rakyat..
Jawatan diberi,untuk menguruskan harta2 rakyat..
Jawatan diberi,untuk menguruskan hasil Negara..
Tp hari ini,apa y berlaku???
Semuanya tonggang terbalik….
Semuanya bertentangan drp apa sepatutny berlaku…
Itulah dunia hari ini..
Fikir-fikirkan lah…
alangkah baiknya jika agama dijadikan sandara hidup..
alangkah baiknya jika hukum-hukum ALLAH dijadikan pegangan..
alangkah baiknya jika segala perkara dilakukan semata2 kerana ALLAH..
alangkah baiknya jika al quran dan hadis mnjadi sumber pegangan dalam pemerintahan..
alangkah baiknya jika kita semua mengamalkn cara hidup islam dalam semua aspek kehidupan..
alangkah baiknya....(^_^)
Selasa, 10 Mei 2011
jadilah seperti pokok nyior..
Kita juga seharusnya jadi seperti pokok kelapa,sentiasa berguna untuk orang lain..biarlah setiap inci tubuh badan kita ni dpt memberi manfaat kpd orang lain dan yang paling penting,dpt menyumbangkan sesuatu untuk agama y kita anuti,islam…xkiralah dari segi fizikal,mental mahupun rohani…biarlah setiap anggota badan kita ni spt tangan,mulut,kaki,mata dan aggota lain,kita gunakan untuk mmbntu orang lain dan islam…walaupun kita tidak mampu untuk memberi sumbangan seperti sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang sanggup bekorban harta,tenaga,nyawa dan sebagainya semata-mata untuk menegakkan islam,buatlah sekadar yang mampu kita lakukan..
Jika ditanya saya,apa sumbangan yang telah saya berikan untuk islam,malu untuk saya menjawabnya..sangat malu…saya mengaku,kebanyakan pekerjaan yang saya buat,kebanyakannya memberi manfaat untuk diri saya shja…tp sgt sedikit untuk islam...hmm…pernah sy ditanya oleh seorang brother ni,ape y telah awk smbg u islam??sy hnya mmpu diam..xtau nk jwb ape..pd wktu tu juga,brother ni minta seorang shbt sy untuk listkan buku-buku y disukainya..dan dlm list tu,adela shbt ni tulis name sebuah novel…dan slps tu,bro ni tnyela shbt,ape pgjrn y awk dpt drp novel ni?dan ade tak something y awk bley ambik dan aplikasikan u naik kan balik nama islam??semua y berada disitu tergamam..shbt sy menjwb,dia puas hati lpas hbis bc buku tu..gembira..dpt mnjiwai watak dlm novel tu..tp gembira dan puas hati stakat tu jela..sbb dpt hiburkan hati...peristiwa tu ckup mmberi stu tamparan buat sy krn sy pun dahulunya pminat novel..tp sy tidak katakan mmbc nvel tu xbley..bley..byk je novel2 y da bgus2 skrg…
Yela,fitrah manusia,nak kan hiburan..mane bley lari drp hiburan…berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah…tp pandai2 la pilih2 mana y bley gve smthing u kite n islam n y paling pnting,xsalah berhibur slagimana ia xbwk kita pd bnde2 y largho n berlebih-lebihan…
Berbalik pd tjuk,kite cubalah u jd org y sntiasa mmberi mnfaat pd org lain n islam..campak lah kita kat mana skalipun,kita akn sntiasa berusaha u smpaikan dakwah pd org lain…sntiasa brusaha u pastikan islam berada betul2 pd tempatnya,tmpat y paling tinggi…
Islam itu tinggi dan tiada sesuatu yang lebih tinggi daripadanya(Hadith riwayat al-Baihaqi)
Okla..panjangla pulak..as a saying goes,jgn tgk pada org y menulis,tp tgk la pd isinya..klu tgk pd penulisnya,mmg sy xlayak u nasihat org lain…tp sy mnulisnya ats dasar,ballighu walau ayat..sampaikanlah walaupun satu ayat…mane y baik,dtgnya drp ALLAH,y mngerakkan hati saya u mnulis dan y buruk,dtg dr kelemahan diri saya sndiri…mnunjukkn mnusia tu lmah…
As-Syahid Imam Hassan al-Banna
Isnin, 9 Mei 2011
yEs!!! naik lAgi...
Lepas harga petrol naik,esk harga gula pula naik rm0.20…bgosla bgitu….tepat dengan slogan y diperkenalkan pm kesayangan kita,1 malaysia,rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan..hehe…
Hm,..siapa-siapa ade nk bagi komen,silakan..sy kt sini,hanya mampu geleng kepala je…dah la dlm tv xde umum pasal harga gula naik,..tp y asyik ditayangkan dlm tv tu,pasal kes liwat.asyik nk jatuhkan org lain..nk up kn nama sendiri..hmm..propaganda semata-semata..sedar2,harga da naik...
ok..cakap sal gula lak,bkn ape,yela stakat 20 sen,xde la byk sgt pun...sikit je..tp sikit2,lame2 jadi bukit…betol tak??kalau stakat naik 20 sen n barang lain x bg effect…xpela…xde la sy kisah sgt..xdela rakyat kisah sgt…tp bila gula naik n minyak naik,harga brg2 lain pun turut sama naik…kalau kt restoran,gula jadi bhn utama selain garam n minyak..hmm..so,mstila ade bg effect kn…harga makanan n air mesti akan naik..naik 20 sen mungkin sikit je bg orang y gaji rm 5000 sebulan..tp kalau y kerja pendapatan sebulan hanya rm500,macam mane yer??dgn anak2 yang masih bersekolah,nk beli keperluan lain,bayar bil elektrik,air semua tu lagi,hmm…mcm x cukup…klu y nak buat kenduri kawen tu,msti pakai byk gula kan..kesianla..lari bajet la skit…klu nk jimat,trus bli byk2 malam ni,sblm harga naik…tu pun klu kedai tu bagi la…korang pun boleh fikir sendiri kot..ok la…stakat tu je nk luahkan rasa tidak puas hati pada k---j—n… kalau x percaya,boley baca sndiri malaysiakini..
http://www.malaysiakini.com/news/163673
sama2 kita fikirkam..
wallahualam...
Rabu, 4 Mei 2011
adab meminjam(^_^)
Introduction:
1ST senario..
A:awak,bley saya pinjam kasut awak?
B:boley..ambiklah..tp jaga kasut tu elok-elok tau…nanti nk pulangkn,pastikan bersih dan dlm keadaan asal awk ambil kasut tu…
A:ok.insyaALLAH..
2nd senario:
Di library
Syarat-syarat peminjaman buku:
1.setiap student bley pinjam maximum 3 buah buku
2.tempoh peminjaman 7 hari.
3.kelewatan pemulangan akan didenda rm0.10 sen sehari/buku
4.buku y hilang perlu diganti
5.xbley cnteng or koyak buku
Content:
Dua senario kt ats tu da ckup u smpaikan pd kita,kalau kite nk pinjam brg org,msti ade syarat2 dia kn..dan syarat2 tu plak diletakkan oleh tuan pemilik barang tu kn…dan sudah semestinya,tuan punya barang nk pastikan brg y diberi pinjam dipulangkan dlm keadaan asal dan si peminjam plak kene make sure patuh pada arahan pemilik brg kn..
Cuba kita kaitkan senario kt ats tu dgn diri kite sendiri..ALLAh y mnciptakan kite dan DIA adalah TUAN dan PEMILIK kite….kite ni hanya pinjaman sementara…jasad,mulut,tangan,kaki,mata dan semualah adalah pinjaman semata-mata…tanpa semua ni,mmpu ke kita buat semua pekerjaan??sudah tentu tidak kan…so,kita tinggal kt ats dunia ni pun mstilah ade syarat2nya dan perlulah patuh pada syarat y ALLAH tetapkan u hamba-hambanya…buatlah segala y DIA suruh dan tinggal lah segala laranganNYA…Kalau syarat2 nk pinjam brg org pun kne ikot,ini kn pula syarat2 yg ditetapkan TUHAN kite sendiri..
Conclusion:
Setiap larangan y ALLAH berikan pasti ade hikmahnya..bukan sia2…Cuma kite je kdg2 suka melanggar suruhanNYA dan tidak pernah nk bertafakkur…islam itu indah…
Tanpa tangan,mampukah seorang doctor nk buat pemeriksaan dan surgery u patient dia??
Tanpa mata,mmpukah seorang doctor nk buat physical examination??
So,bersyukurlah sbb kita diberi nikmat ni semua dan gunakan lah sbaik-baiknya.jagalah mata kita drp mlihat perkara2 maksiat,jauhilah tngn dan kaki kita drp membuat or mlgkah ke tmpt2 maksiat…
Wahai jiwa yang tenang!