assalamualaikum...atok..ooo..atok...entry kali ni bercerita bersama atok..jom,layan...
Al kisah di sebuah negeri..di hujung kampong,terdapat satu pondok berhampiran dengan tasik..pondok itu menjadi tempat anak-anak kmpung menuntut ilmu agama dengan seorang guru yang sudah tua…
Suatu hari,si anak muda y juga pelajar di pondok itu pergi bejumpa dengan gurunya untuk mengadu masalah yand dihadapinya.
Anak muda:tok,sy ada masalah besar ni atok..sy dah xsanggop nk menghadapinya..atok kene tolong sy atok…
Guru(atok):sabar anak muda..mengucap anak muda..jgn bimbang,ALLAH sentiasa bersama orang2 y sabar..cuba kamu cerita ape masalah kamu sebenarnya?insyaALLAH,atok tolong mana yang atok mampu,selebihnya,serah pada DIA,y lebih mengetahui segala-galanya..
Maka berceritalah anak muda itu akan masalahnya pd tok gurunya dengan panjang lebarnya..atok mendengar dengan penuh tekun skali..
selepas itu…
Guru(atok):ok..atok dah dengar masalah kamu..skrg,atok nk kamu ambik segenggam garam dan segelas air,kamu bawa kesini..sekarang,kamu campurkan garam tu dengan segelas air dan minum air tu…apa kamu rasa wahai anak muda?
Anak muda:Ya ALLAH sangat masin atok…
Guru(atok):masin ea..ok..skrg atok nk kamu ambil lagi segenggam garam dan masukkan dlm tasik kat depan tu..kmudian,atok nk kamu minum air tasik tu..apa kamu rasa wahai anak muda?
Anak muda:em,xmasin atok..xrasa apa-apa pun atok…
Guru(atok):ok..masalah kamu dah hampir selesai nmpaknya..skrg dengar atok cerita plak..cuba kamu anggap garam tadi tu sebagai masalah kamu,dan air di dalam gelas dan air didalam tasik sebagai jiwa kamu…kalau jiwa kamu sebesar gelas itu,apabila datang sedikit je masalah, dugaan dan ujian yg ALLAH bagi,kamu mudah terasa bebanan ujian itu..kamu rasa lemah..xsanggup nk hadapi.,mudah putus asa,kamu lupa y DIA sentiasa ada untuk kamu..tp kalau jiwa kamu sebesar tasik itu,walaupun sebesar mana masalah y datang,seribu rintangan,dugaan apa skalipun,kamu bisa menghadapinya..kerana jiwa kamu besar…kamu yakin DIA sentiasa bersama kamu..itulah bezanya orang yang mempunyai jiwa yang kecil dan jiwa y besar..berusahalah untuk mendapat jiwa y besar..
Cuba kamu bygkn pula air didalam gelas tu sbgai pglamn ataupun ujian y pernah kamu hadapi sepanjang hidup kamu..dan garam sebagai masalah baru y muncul dalam hidup kamu..apabila cmpurkn garam(masalah)kedalam segelas air,kamu terasa sangat masinkn..itu akn berlaku jk kamu tidak pernah ataupun kurang merasai kepahitan dan ujian(segelas air) dalam hidup ni..apabila masalah y lain dtg,kamu mudah mengeluh,xberdaya nk hadapi..
Tp apbila cmpurkn garam ke dalm tasik,kmu xrasa masinkn?sbb kamu kuat..kamu sudah byk kali diuji,sudah byk kali merasai masam masinnya kehidupan ini,sudah byk pengalman hidup,pengalaman y mematangkan kamu..sudah kalis dengan masalah..jd,atok rase kamu sudah fahamkan apa y atok cuba sampaikan?atok harap,kamu berusalah untuk jadikan jiwa kamu sebesar tasik tadi..supaya apabila dtg masalah,kmu bisa menghadapinya dengan tabah..dan y paling penting,kamu kne ingt,ALLAH sentiasa ada untuk kamu..laa haulawalakuwwataillabillah…walaupun kita kecik anak muda,tp y penting,jiwa kita besar…
Anak muda:skrg sy faham atok..trima kasih byk2 atok..
ok..dah hbis da cerita...smoga sama-sama dpt mgmbil manfaat drp cerita atok ni..wassalam..
p/s;abaikan gmbr upin ipin,hiasan semata-mata..tp gmbr batu nisan bckgroud kpd gmbr upin ipin tu,take it seriously!ingt mati slalu,kerana org y bijak ialah org y slalu ingt pd mati..kematian y sdg mghpiri kita...
time kasih atok...suke cite atok...atok citelah lagi!!
BalasPadam